Isnin, 2010 Februari 01

Official Announcement

Secara rasminya dengan permohonan dari kawan2 pertapaan gue, ari ni gue mingisytiharkan berkuburnya blok blakepaghe.blogspot.com dan gue telah berpindah ke blog baru dinamakan tikus-makmal.blogspot.com. blog baru ni masih dalam pembinaan piling dan gue sedang mencari masterpiece yang terbaru untuk blog baru ni. Sekian wassalam.

Rabu, 2009 Disember 16

Puisi Taubat dari Jalaludin Rumi

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata uang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah
menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!

Karena Tuhan telah berfirman:
"Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
karena Aku-lah jalan itu."

Ahad, 2009 Disember 06

Diary 6/12/2009 - Separuh hari di Jualan Gudang

Pukul 3.30 petang - pergi Jualan Gudang Jeans Collection di Taman Shamelin Perkasa.

Pukul 4.30 petang - pergi Jualan Gudang Puma, Adidas, Nike dll. juga di Taman Shamelin Perkasa

Pukul 6.00 petang - pergi Jualan 70% off untuk handphone di Ampang Waterfront.

Semua tempat gi ngan member yang pangan n hampeh (dia sakit perut...x abis2 buang angin dalam kereta...cilakak)

Sori, x dapat tangkap gambar banner yang terlibat sebab x bawak kamera.

Pusing macam2, alih2 beli baju jer...hehe



harga rm 15.00 (harga asal rm 29.00)....oklah tu.

Jumaat, 2009 Disember 04

When Grandma Goes To Court (Very Funny....LOL)

One joke comes straight from Mississippi, United States (no belok-belok)...=D
Funny wehhhh!!!!

Rabu, 2009 Disember 02

Ada berani lunch ngan akoooo..... heeeee!!!!

X pernah tengok aku makan ker...

Ke nak teman aku makan....

Jom lunch skali ngan aku....

Ada berani?

Isnin, 2009 November 30

Roda memang akan berputar

a) Hari ini kuharap permulaan hidup baru untuk aku... permulaan ke arah yang indah dan menuju kesempurnaan walaupun diri x sempurna (maklumlah, resdung aku ni berubat macam manapun masih x hilang2).

b) Meniti 30 hari lagi untukku menjadi orang yang baru... baru dan dan juga bertenaga tanpa livita dan redbull.

c) Meniti 30 hari lagi untuk aku tutup blok ni... aku x jadi buruh kasar dah... kemungkinan aku berkecimpung dalam kajian pulak.. maknanya ada blok baru nanti.

d) Aku dah kumpul RM 50 lebih dalam nuffnang .... cukuplah kot untuk blok ni ditutup dengan sempurna... ada juga value blok ni walaupun nampak cikai...

e) Sebarang cerita baru masih ada lagi untuk aku tampal dalam blok ni selama 30 hari tapi mungkin x semacam n sekerap dulu (jangan salah tafsir untuk bau semacam atau getah sekerap..anda sudah silap).. mungkin lebih pada unsur perasaan dan tunjuk perasaan kot.. heheh

f) Yang kuharap satu jer... roda memang akan berputar. Maka setiap kesulitan ada kemudahan. setiap kesulitan ada kemudahan.

Ahad, 2009 November 22

Phobia 2 (Instead of 2012)....huhu!! =(

Petang tadi aku pegi IOI Mall ingat nak tengok wayang tajuk 2012 ngan member aku... ramai orang kata best giler (crazy?) citer tu... tu yang gua nak tengok tu..

Sampai je kat depan GSC, cerita 2012 dah sold out (jual keluar?)....huhu...tention gue...dah jauh dah berjalan, takkan nak balik dengan hidup katak (belum mati katak lagi). Therefore, kitorang pun belilah tiket cerita phobia 2... nampak poster macam best n seram (target boleh buat aku fobia n takut n melompat lalu mendakap awek penjaga kaunter yang cun itu (gatal jugak aku ni yer...itchy2..kena garu ni)... apa2 pun ni poster ni aku dapat dari internet (dalam bahasa siam..translate sndirilah):



Indah khabar dari rupa (pretty news than look...hehe).... aku ingat berbaloilah duit aku n dapat celen 2012...tapi rupa2nya... adusss... ini bukannya movie... ini 5 cerita pendek yg x seram langsung dengan 2 daripadanya aku x paham langsung jalan cerita walaupun aku baca subtitle punyalah slow untuk faham.... yang satu pulak macam tiru cerita zombie kampung pisang atau dalam englishnya land of the dead, yang satu lagi memang langsung x seram sampai aku cuba menakutkan diri aku sendiri agar aku rasa takut n muka macam fobia... part yang last skali mungkin menghiburkan aku walaupun tidak seram sebab ada unsur2 lawak pangan... aku agaklah pengarah dia ni mengalami masalah jiwa nak label movie ni nak genre seram ke komedi sebab tu hasil dia macam ni... satu lagi, aku pikir dia buat cerita ni untuk menggalakkan orang ramai fobia datang panggung wayang lagi...hahaha

Aku yang buta movie pun bleh kutuk2 cerita ni... apatah lagi org yg pro movie yg terer bab kutuk2 n menghina ni.... kembalikan duit ku!!!!.. huhu.. patut GSC kena buat 30-days money back guarantee. =(.