Definisi Politik Moden


0

Definisi politik moden ini pakcik tujukan kepada sebuah negara kecil di eropah timur :

1. Parti keRAJAan : parti di mana golongan ini membuat sesuatu keputusan ikut kehendak diri mereka sendiri dengan merasakan mereka ini adalah golongan RAJA-RAJA. Mereka tidak boleh sedikit pun mengikut kehendak RAKYAT sebab jikalau mereka ikut kehendak rakyat, mereka akan menjadi parti keRAKYATan pula.

2. Parti pemBANGKANG : parti di mana golongan ini sentiasa memBANGKANG semua keputusan dan setiap perbuatan parti keRAJAan tidak mengira isu besar ataupun isu kecil. Mereka tidak boleh sedikit pun berSETUJU dengan apa pun tindakan parti keRAJAan sebab jikalau mereka bersetuju, mereka akan menjadi parti peNYETUJU pula.

3. Parti Bebas : parti di mana golongan ini bebas dalam segala macam aspek politik kerana semua RAKYAT tertumpu kepada bermacam-macam isu yang datang daripada parti keRAJAan bersama-sama pucuk pimpinan parti mahupun parti pemBANGKANG bersama-sama pucuk pimpinan parti dari pilihanraya yang lepas sehinggalah pilihanraya akan datang *non-stop*.

3. Wakil RAKYAT : wakil yang dilantik oleh rakyat yang masanya lebih banyak bersama-sama wakil rakyat yang lain dan juga di dewan rakyat berbanding masa bersama RAKYAT sendiri. Wakil rakyat akan bersama rakyat ketika ada "function" dan ketika cerita tentang rakyat terpampang di media massa dan media cetak (kebanyakan di muka surat tengah suratkhabar sebab tidak sensasi sangat).

4. Ahli PARLIMEN : orang yang banyak menghabiskan masa di PARLIMEN dengan membuat usul tanpa menghiraukan apa yang terjadi di luar parlimen. Kalau mereka memikirkan apa yang terjadi di luar parlimen, mereka akan menjadi ahli luar parlimen pula.

5. Hari Pilihanraya : hari di mana pilihan rakyat untuk mengkaya-RAYAkan orang yang dipilih.

(Semua definisi itu hanya gurauan pakcik semata-mata. Semoga ia tidak berlaku di Malaysia yang tercinta ini..Pakcik sayang Malaysia)...say peace!!! (sambil menunjukkan dua jari tanda kedamaian.................itu sahaja yang mampu dilakukan pakcik sebagai bukti menyokong kedamaian)..."Why so serious?" said The Real Jokers. :)....

0 Response to "Definisi Politik Moden"