Di sebalik lagu "D'cromok-The Flood"


Label: ,

2


Lirik :

He open the gates of Heaven
with pouring water
And He cause the ground to gush
forth springs
So the water met (2x)
According to the decree which has been
Ordained

(ulang 3x)

*riff

So the water met (2x)
According to the decree which has been
Ordained

He open the gates of Heaven
with pouring water
And He cause the ground to gush
forth springs
So the water met (2x)
According to the decree which has been
Ordained

He open the gates of Heaven

Pada suatu pagi hari ini, pakcik sedang berehat sambil mencabut bulu hidung (jangan kerap sangat mencabut bulu hidung kerana boleh menyebabkan radang otak : http://doktersehat.com/mencabut-bulu-hidung-bisa-memicu-radang-otak/)

Kemudian, teringat pakcik kepada seorang lagenda metal yang pakcik minat ketika pakcik remaja iaitu arwah Din Cromok (http://ms.wikipedia.org/wiki/D'Cromok). Dulu, pakcik ada album beliau yang bertajuk VII Years VII Days. Mula-mula, pakcik surf nak dengar lagu Huzaifah Ibnu Yaman. Tetapi pakcik beralih nak dengar lagu The Flood (video di atas).

Sedang pakcik layan lagu itu, terbaca pakcik satu komen peminat lagu The Flood:

11]

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

[12]

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

surah al Qamar


Rupa-rupanya lirik lagu ini adalah di ambil dari Surah Al-Qamar ayat 11 dan 12 yang berbunyi :
فَفَتَحنا أَبوٰبَ السَّماءِ بِماءٍ مُنهَمِرٍ ﴿١١﴾ وَفَجَّرنَا الأَرضَ عُيونًا فَالتَقَى الماءُ عَلىٰ أَمرٍ قَد قُدِرَ ﴿١٢﴾

Pakcik tidak menyangka lagu yang pakcik dengar 16 tahun dahulu adalah diambil dari 2 potong ayat Al-Quran yang bagi pendapat pakcik tajuk The Flood ataupun banjir itu adalah berdasarkan kepada keajaiban ciptaan Tuhan iaitu ketetapan terjadinya banjir daripada pertemuan dari mata air-mata air dengan bumi dan mata air-mata air itu didatangkan dari curahan hujan apabila pintu-pintu langit dibuka. Rabbana khalakta haza batila....

Itu sahaja pakcik nak ceritakan di sebalik lagu "D'cromok-The Flood". Jika ada tersalah kata, pakcik akan terima kritikan asalkan bukan menghentam atau ada unsur provokasi...

2 Response to "Di sebalik lagu "D'cromok-The Flood""

  1. eita says:

    tak pernah plok dengar lagu ni.....

    lagu lama...