Hukum syariah rahmat bala tsunami
Ahad, 25 Disember 2011
11:20 PTG
Label:
Aceh
,
Hukum Syariah
,
Tsunami
0
PERUNDANGAN syariah adalah rahmat terbesar yang dapat dinikmati selepas tragedi tsunami melanda Banda Aceh pada Disember 2004.
Ombak ganas yang mengorbankan ratusan ribu nyawa itu telah membebaskan wilayah tersebut daripada kongkongan dan konflik berlarutan.
"Tsunami terjadi ketika Aceh sedang bergolak. Namun, selepas berlakunya tsunami, perang saudara selama 30 tahun di wilayah ini dapat ditamatkan."
"Kami telah berdamai dan perundangan syariah yang kami perjuangkan telah dapat dilaksanakan walaupun belum secara menyeluruh."
"Inilah rahmat terbesar daripada tsunami. Suara kami lebih didengari." kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia.
Walaupun ada aktivitis masyarakat yang pernah mempertikaikan perundangan tersebut, Mansur mempunyai pandangan sendiri.
"Hak asasi manusia dan hukum syariah banyak bezanya."
"Syariah menjatuhkan hukuman mengikut keperluan. Di Aceh, perlaksanaan hukum syariah meliputi tiga perkara, iaitu hal ehwal sahsiah, jual beli dan jenayah."
"Ia tidak dilaksanakan untuk menzalimi sebaliknya bertujuan mendidik", katanya.
Sambil memberikan contoh mudah, gadis yang berpakaian tidak sopan akan terus diberikan tazkirah sekiranya mereka ditahan oleh polis syariah atau dipanggil Wilayatul Hisbah.
"Bagi yang berkhalwat atau berzina, mereka akan dibogelkan dan diarak sekeliling kampung sebelum disebat di tempat terbuka."
"Tindakan ini bukan untuk menzalimi mereka, tetapi bagi memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan syarak"
"Pengajaran seperti ini amat memberi kesan kepada masyarakat agar sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya menghindari maksiat," katanya.
Dipetik dari suratkhabar Kosmo! Ahad (Sisipan Jurnal Impresi Kehidupan muka surat 13)
p.s :
1. Adakah perlu terjadi satu tsunami yang menghancurkan satu Malaysia baru akan dilaksanakan perundangan syariah seperti mana terjadi kepada Banda Aceh?
2. Adakah perlu terjadi satu tsunami yang menghancurkan satu Malaysia baru akan adanya perdamaian antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional seperti mana perdamaian perang saudara selama 30 tahun di Banda Aceh?
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

0 Response to "Hukum syariah rahmat bala tsunami"
Catat Ulasan